Selamat Datang Ke Klinik Anda Bahau

Kami Buka Setiap Hari Termasuk Cuti Umum

Rawatan perubatan am dan kecemasan yang pantas, selesa, dan dipercayai untuk seluruh keluarga di Bahau.
Setiap hari, setiap masa.

Ulasan Google Review
0 ★
Pesakit Berpuas Hati
0 +
Buka Setiap hari
0 Jam
Servis Ditawarkan
0 +

Kenapa Memilih Klinik Anda 24 Jam Bahau

Rawatan 24 Jam, Setiap Hari

Kami menyediakan akses kepada rawatan perubatan sepanjang hari, tujuh hari seminggu untuk memenuhi keperluan kesihatan anda pada bila-bila masa.

Pelbagai Rawatan di Satu Tempat

Kami menawarkan pemeriksaan kesihatan, vaksinasi, kesihatan wanita, ultrasound dan pengurusan penyakit kronik untuk memenuhi pelbagai keperluan kesihatan anda.

Kemudahan Diagnostik di Klinik

Kemudahan ujian darah, ECG dan ujian di tempat rawatan membantu doktor menilai keadaan pesakit dengan cekap serta menentukan langkah rawatan bersesuaian.

Doktor & Staf Yang Mesra

Doktor dan staf kami sentiasa mesra, prihatin dan komited untuk membantu setiap pesakit dengan layanan baik serta penjagaan kesihatan bersesuaian.

Klinik Anda 24 Jam Bahau

Lebih Daripada Sekadar Klinik 24 Jam

Di Klinik Anda 24 Jam Bahau, kami percaya bahawa penjagaan kesihatan berkualiti harus mudah diakses, menyeluruh dan memenuhi keperluan setiap pesakit.

Kami menawarkan lebih daripada rawatan pesakit luar biasa dengan menggabungkan perkhidmatan perubatan 24 jam, pelbagai perkhidmatan klinikal, kemudahan diagnostik dan penjagaan kesihatan yang holistik — semuanya di bawah satu bumbung.

Komitmen kami bukan sekadar merawat penyakit, tetapi turut menekankan pencegahan, pengesanan awal dan kesejahteraan jangka panjang. Daripada kanak-kanak dan golongan dewasa muda hingga keluarga serta warga emas, kami berusaha menjadi rakan penjagaan kesihatan yang boleh dipercayai pada setiap peringkat kehidupan.

Visi Kami

KLINIK ANDA 24 JAM BAHAU berhasrat untuk diiktiraf sebagai salah satu penyedia penjagaan kesihatan primer berkualiti tinggi, dengan hasil rawatan klinikal yang cemerlang serta komitmen untuk meningkatkan kualiti hidup setiap pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik kami.

Misi Kami

1. Penjagaan Pesakit Berkualiti

Menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dengan memenuhi keperluan dan jangkaan pesakit dari segi keselesaan serta kemudahan mendapatkan rawatan.

2. Kesedaran dan Pencegahan Penyakit

Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan penyakit di samping memberikan rawatan yang bersesuaian, bagi membantu mengurangkan beban penyakit kronik dari semasa ke semasa.

3. Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak

Menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk wanita dan kanak-kanak melalui penggunaan teknologi terkini, termasuk perkhidmatan ultrasound 5D dan pemeriksaan antenatal bagi menyokong kesihatan serta kesejahteraan ibu dan anak.

Rawatan Di Klinik Anda 24 Jam Bahau

⁠Pemeriksaan X-Ray

Pemeriksaan Ultrasound

  • ultrasound buah pinggang / prostat
  • ⁠⁠ultrasound hati/ hempedu
  • ultrasound leher / tiroid
  • ultrasound payudara
  • ultrasound kehamilan / 4d/5d / jantina bayi

Pemeriksaan Kesihatan & Diagnostik

  • Pakej Saringan Kesihatan (Health Screening)

  • Pemeriksaan Kesihatan (Medical Checkup)

  • Ujian Darah

  • Pemeriksaan Jantung (ECG)

  • Ujian Pernafasan Urea (Urea Breath Test)

Rawatan Kesihatan Wanita

  • Pemeriksaan & Rawatan Lelaki dan Wanita

Pemeriksaan Kehamilan & Bayi

  • Pemeriksaan Ibu Hamil

  • Imbasan Ultrasound 4D/5D

  • Imbasan Jantina Bayi

  • Imbasan Perkembangan Bayi

Rawatan Umum & Prosedur Kecil

  • Rawatan Kuku Cengkam

  • Pembedahan Kecil (Minor Surgery)

  • Rawatan Luka (Cuci Luka & Buka Jahitan)

  • Pemeriksaan Telinga Menggunakan Kamera

  • Cucian Telinga

  • Rawatan Suntikan Lutut (Knee Injection)

Rawatan Kecemasan & Pernafasan

  • Rawatan Kecemasan Awal

  • Rawatan Nebuliser (Asma / Semput)

  • Sedutan Kahak & Hingus

  • Pemasangan Tiub Pemakanan (Ryle’s Tube)

  • Pemasangan Tiub Kencing (CBD)

Saringan Vaksinasi & Imunisasi

  • Vaksinasi Umum

  • Vaksin Typhoid untuk Pengendali Makanan

  • Vaksin Umrah & Haji

Kesihatan Kanak-Kanak

  • Berkhatan Kanak-Kanak Lelaki
  • Berkhatan Bayi Perempuan

Pengurusan Berat Badan

Program Penurunan Berat Badan (Weight Loss Programme)

Doktor Klinik Anda Bahau

Dr Ayu Aqilah binti Khazani, M.D.

Doktor Perubatan Am | 7 Tahun Pengalaman Klinikal

Dr Ayu memulakan kerjaya perubatannya pada tahun 2019 dengan pengalaman dalam perubatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Sejak 2022, beliau memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan primer.

Bidang tumpuan beliau merangkumi kesihatan wanita, pengurusan berat badan, kesihatan kanak-kanak dan penyakit tidak berjangkit (NCD). Beliau percaya penjagaan kesihatan yang baik bermula dengan mendengar dan memahami keperluan setiap pesakit.

Dr Mohamed Aidil bin Hamdan, M.D.

Doktor Perubatan Am | 7 Tahun Pengalaman Klinikal

Dr Mohamed Aidil memulakan kerjaya perubatannya pada tahun 2019 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), sebelum meneruskan pengalaman di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Klinik Kesihatan. Sejak 2022, beliau memberi tumpuan kepada amalan perubatan am.

Bidang tumpuan beliau merangkumi kesihatan sendi dan lutut, pengurusan berat badan, penyakit tidak berjangkit (NCD), kesihatan kanak-kanak dan lain-lain. Beliau mengutamakan penjagaan menyeluruh yang bersesuaian dengan keperluan setiap pesakit.

Panel Klinik Anda Bahau

Review 5 Bintang Dari Pesakit

EXCELLENT
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5
Based on 272 reviews
Posted on Google Google
Agus Gunawan profile picture
Agus Gunawan
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google Google
Ramdani Lubis profile picture
Ramdani Lubis
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google Google
Abdul Rahman profile picture
Abdul Rahman
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google Google
Sathya Moorthy profile picture
Sathya Moorthy
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google Google
Sahdy Azy profile picture
Sahdy Azy
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google Google
MDISRAYAL MDISRAYAL profile picture
MDISRAYAL MDISRAYAL
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google Google
Alal Uddin profile picture
Alal Uddin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google Google
David Layans profile picture
David Layans
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google Google
Sk Asif profile picture
Sk Asif
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google Google
Muniyan Muniyan profile picture
Muniyan Muniyan
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.

Klinik Anda Bahau, Negeri Sembilan 24 Jam

Jangan tunggu lagi, Dapatkan rawatan di Klinik Anda Bahau.

Rawatan perubatan am dan kecemasan yang pantas, selesa, dan dipercayai untuk seluruh keluarga di Bahau. Klinik berdekatan anda.